PRODUCTS

Antara produk yang berasaskan Ikan Tahai ialah :


PRODUK


PENERANGAN 

Ikan Tahai Salai



Ikan Tahai merupakan sejenis ikan kecil yang terdapat di Sarawak khususnya di daerah Lawas & Limbang .  Ikan Tahai di proses melalui pembakaran @ ikan bakar. Ikan Tahai yang sudah dibakarkan akan di panggil Ikan Tahai Salai ( Smoked Tahai Fish ) seperti di dalam gambar.




Satay Ikan Tahai


Satay Ikan Tahai adalah salah satu produk yang di inovasikan melalui proses pengeringan di bawah cahaya matahari yang siap dibelah dua. Setelah siap proses pengeringan ,ikan  tahai akan digoreng mengunakan minyak masak sehingga ranggup.Kemudian diproses ke peringkat seterusnya iaitu digaul dengan ramuan khas sehingga secukup rasa. Ikan yang siap diproses akan di panggil Satay Ikan Tahai seperti di dalam gambar.

Ikan Tahai Goreng




Ikan Tahai Goreng di inovasikan daripada Ikan Tahai Salai yang telah siap dibuang kulit. Setelah siap proses dibuang kulit ikan tahai salai akan digoreng menggunakan minyak masak sehingga ranggup.Kemudian akan digaul mengikut ramuan khas.Ikan tahai yang siap dimasak akan dipanggil Ikan Tahai Goreng seperti di dalam gambar.




Sambal Ikan Tahai


Sambal Ikan Tahai di inovasikan daripada Ikan Tahai Salai melalui pembuangan kulit,tulang dan kemudian di hancurkan.Seterusnya dimasak mengikut ramuan khas.Setelah siap akan dipanggil Sambal Ikan Tahai seperti di dalam gambar.