Tuesday 12 September 2017

Ikan Tahai Salai


Ikan Tahai Salai ( Smoked Tahai Fish ) merupakan sejenis ikan kecil yang terdapat di Sarawak khususnya Lawas & Limbang. Ikan Tahai kurang dikenali oleh orang semenanjung Malaysia malahan di Sabah juga kecuali mereka yang pernah datang ke Lawas pasti akan menikmati keenakan ikan Tahai. Ikan Tahai sangat istemewa kerana hasil daripada tangkapan para nelayan dikawasan persisiran pantai seperti Kpg Punang dan Kpg Awat-Awat Lawas, Sarawak.Penduduk tempatan akan memproses Ikan Tahai Salai. Proses ini sangat popular dikalangan penduduk Kpg Punang dan Kpg Awat-Awat Lawas, Sarawak. Selain itu,Ikan Tahai Salai ini juga telah di inovasikan kepada Satay Ikan Tahai , Ikan Tahai Goreng, Sambal Ikan Tahai,Dadah Tahai dan Kerepek yang mengunakan perisa ikan tahai.