Sunday, 8 July 2018





Taraaa!!! 

Kepada pelanggan FE yang berkunjung ke Kampung Punang, berhajat untuk membeli produk Ikan Tahai dari FE dan tak jumpa lokasi FE tuu ,apa kata korang ronda Kpg Punang khusus nya di tepi pantai,pihak FE yakin anda akan jumpa Gerai Seri Pantai Punang seperti di dalam gambar. Gerai ini merupakan salah satu bisnes Family's Enterprise ( FE ) yang menyediakan pelbagai menu hidangan terutamanya makanan yang berasaskan hasil laut ( Seafood ) dan tak lupa menawarkan perkhidmatan Katering. :)

Wednesday, 4 July 2018

Saturday, 3 February 2018

Tuesday, 12 September 2017

Ikan Tahai Salai


Ikan Tahai Salai ( Smoked Tahai Fish ) merupakan sejenis ikan kecil yang terdapat di Sarawak khususnya Lawas & Limbang. Ikan Tahai kurang dikenali oleh orang semenanjung Malaysia malahan di Sabah juga kecuali mereka yang pernah datang ke Lawas pasti akan menikmati keenakan ikan Tahai. Ikan Tahai sangat istemewa kerana hasil daripada tangkapan para nelayan dikawasan persisiran pantai seperti Kpg Punang dan Kpg Awat-Awat Lawas, Sarawak.Penduduk tempatan akan memproses Ikan Tahai Salai. Proses ini sangat popular dikalangan penduduk Kpg Punang dan Kpg Awat-Awat Lawas, Sarawak. Selain itu,Ikan Tahai Salai ini juga telah di inovasikan kepada Satay Ikan Tahai , Ikan Tahai Goreng, Sambal Ikan Tahai,Dadah Tahai dan Kerepek yang mengunakan perisa ikan tahai.